The Sun

PAUL Pogba dilaporkan meminta sebanyak £14juta (RM76j) semusim sekiranya Real Madrid ingin melihat dia meninggalkan Manchester United.

Pemain antarabangsa Perancis itu mengakui beraksi bersama Los Blancos menjadi impiannya sewaktu cuti rehat antarabangsa.

Media melaporkan ejen Mino Raiola sudah memberikan harga diminta kepada bos Bernabeu.

Pogba, 25, yang masih memiliki kontrak selama dua tahun bersama United dengan kontrak lanjutan selama setahun bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Ia juga bermakna bos pengurusan Old Trafford tidak berdepan tekanan untuk menjual pemain terbabit pada musim panas ini.

Ketibaan Ole Gunnar Solskjaer menceriakan kehidupan pemain Perancis itu dan menjadi tonggak utama kepada peningkatan United.

Pogba meneruskan kecemerlangan bersama Perancis pada Kelayakan EURO 2020 apabila melakukan hantaran yang disudahkan oleh Antonine Griezmann menerusi rembatan voli ketika menentang Moldova, minggu lalu.

Dia bagaimanapun mencemaskan penyokong United melalui komennya mengenai Real dan Zinedine Zidane yang kembali menyertai kelab itu.

Dia mengakui: “Seperti saya selalu perkatakan, menyertai Real Madrid adalah impian setiap orang”.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mac 2019 @ 8:41 PM
Pogba letak syarat untuk Real. FOTo AFP