David Villa. FOTO Agensi.
David Villa. FOTO Agensi.
Reuters

LIONEL Messi adalah pemain terbaik dan Barcelona ‘terhutang budi’ terhadapnya atas kejayaan pasukan itu, kata bekas pemain kelab itu David Villa.

Barcelona ketika ini memiliki kelebihan lapan mata di puncak La Liga mengatasi Atletico Madrid menjelang perlawanan kedua-dua pasukan itu awal pagi Ahad ini dan dijadualkan menentang Manchester United pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara, bulan ini.

Messi menjadi ‘nadi’ terhadap kejayaan Barcelona, menjaringkan 42 gol dalam semua kejohanan dan membuktikan magisnya tanpa henti.

Dia akan berusia 32 tahun pada Jun ini tetapi Villa, yang beraksi disamping penyerang Argentina itu di Barcelona untuk tiga tahun, tidak dapat melihat ia akan memperlahankan rentaknya.

“Sukar untuk terkejut dengan Leo,” kata Villa yang ketika ini beraksi bersama Vissel Kobe di Jepun menerusi ditemubual bersama Reuters.

“Dia adalah yang terbaik. Dia sentiasa menunjukkan kepada semua orang di dunia yang dia adalah yang terbaik... Setiap perlawanan yang disertainya cukup menarik untuk disaksikan.”

Bagi sesiapa yang mengikuti karier Messi sepanjang 15 tahun di Barcelona, tiada sebarang keraguan namanya berada dalam sejarah lagenda terhebat pasukan itu.

“Jelas ada pemain seperti Pele, Maradona, pemain seperti (Johan) Cruyff. Saya tidak berpeluang untuk melihat mereka bermain seperti Messi, setiap hari, setiap perlawanan... Bagi saya Messi yang terbaik.” kata Villa.

“Dia bagus dalam segala yang dilakukannya.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 April 2019 @ 9:40 PM