KHUZZAN (dua kanan) ketika melawat Sports City Mount Austin menjelang persiapan SUKMA 2020 hari ini. — FOTO BERNAMA
KHUZZAN (dua kanan) ketika melawat Sports City Mount Austin menjelang persiapan SUKMA 2020 hari ini. — FOTO BERNAMA
BERNAMA

SEMUA kemudahan yang akan digunakan untuk penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 yang kini dalam fasa pembinaan dan membaik pulih, berjalan lancar mengikut jadual.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, semua kemudahan itu dijangka siap sepenuhnya awal tahun depan.

Beliau berkata, pada masa ini, tiada sebarang masalah timbul dan semua projek pembinaan serta membaik pulih kemudahan itu dilaksanakan mengikut jadual.

“Berdasarkan lawatan saya hari ini ke empat lokasi pembinaan fasiliti yang akan digunakan untuk SUKMA 2020, menunjukkan perkembangan positif.

“Empat venue itu adalah Stadium Tertutup Arena Larkin; Stadium Akuatik, Larkin; Sports City Mount Austin dan Arena Mas, Taman Impian Emas,” katanya.

Turut sama dalam lawatan itu Penolong Pegawai Operasi Sekretariat SUKMA Johor, Mohd Johari Tarmidi.

Khuzzan berkata, kerajaan negeri akan sentiasa mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pembinaan dan membaik pulih kemudahan SUKMA 2020 siap sepenuhnya.

“Lawatan ke venue SUKMA ini akan diteruskan lagi ke Velodrom, Medini esok bagi melihat perkembangan pembinaannya untuk digunakan bagi acara berbasikal,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2019 @ 7:26 PM