PENJAGA gol Newcastle United, Martin Dubravka berlaga dengan Salah yang menyaksikan penyerang Liverpool itu mengalami kecederaan di kepala. - FOTO Agensi
Reuters

LIVERPOOL akan berentap dengan Barcelona dalam aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Anfield tanpa penyerang Brazil, Roberto Firmino, menurut pengurus Juergen Klopp, awal pagi tadi.

Mereka juga mungkin tidak dapat menggunakan khidmat seorang lagi penyerang harapan, Mohamed Salah selepas bintang Mesir itu mengalami kecederaan kepala ketika menewaskan Newcastle, 3-2.

Firmino yang mengalami kecederaan otot tidak beraksi di St James’ Park dan Klopp berkata dia juga bakal tersisih menentang gergasi Sepanyol itu ketika Liverpool berdepan misi getir mengatasi defisit 0-3.

"Firmino tidak bersedia untuk aksi Selasa ini (awal pagi Rabu) dan yang lain-lain kami lihat dahulu,” kata


REAKSI Salah sebelum dibawa keluar oleh petugas perubatan. - FOTO Agensi

Klopp yang skuadnya akan menentang Wolves dalam aksi terakhir Liga Perdana pada 12 Mei.

Klopp juga berkata masih terlalu awal mengesahkan Salah dapat beraksi menentang Barca.

"Apa yang saya dengar dia terkena kaki penjaga gol,” kata Klopp.

"Dia terbaring dengan kecederaan agak serius dan doktor berpendapat dia perlu dibawa keluar.”

"Ketika masuk ke bilik persalinan, dia menonton perlawanan di televisyen. Dia tampak ok tetapi sudah tentu kami perlu menunggu ujian selanjutnya,” katanya.

Divock Origi yang menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86 di Newcastle mungkin beraksi dalam kesebelasan utama menentang Barca manakala Daniel Sturridge yang beraksi awal pagi tadi juga salah seorang pilihan Klopp.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mei 2019 @ 9:45 AM