Pemain Ajax meraikan kejayaan pasukan menewaskan Utrecht, 4-1. FOTO AFP.
Reuters

DUSAN Tadic menjaringkan dua gol ketika Ajax Amsterdam berpeluang memastikan kejuaraan Liga Belanda dengan kemenangan 4-1 ke atas Utrecht tatkala pencabar kejuaraan PSV Eindhoven mengalami kekalahan mengejut kepada AZ Alkmaar, 0-1.

Ajax akan beraksi pada perlawanan terakhir Rabu ini dengan tiga mata mendahului PSV dan mempunyai kelebihan 14 bekalan jaringan apabila berkunjung ke gelanggang pasukan kedua tercorot - De Graafschap.

Pemain Ajax Dusan Tadic (tengah) dan Klaas Jan Huntelaar menjaringkan gol kemenangan. FOTO AFP.

PSV akan melayan kunjungan pasukan di tangga ke tujuh - Heracles.

Klaas-Jan Huntelaar dan Donny van de Beek turut menjaringkan gol buat Ajax selepas pasukan itu tersingkir kepada Tottenham Hotspur pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara minggu lalu.

Ajax dijangka melanjutkan rekod kemenangan juara liga Belanda kepada 34 pada musim ini selepas menjaringkan 115 gol dalam 33 perlawanan liga dan termasuk kejayaan mengungguli Piala Belanda di bawah kendalian pengurus Erik ten Hag.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mei 2019 @ 12:40 AM