Muhamad Fuad harapan negara bagi sukan tinju. FOTO NSTP.
Muhamad Fuad harapan negara bagi sukan tinju. FOTO NSTP.
Aida Adilah Mat


PERSATUAN Tinju Amatur Malaysia (PTAM) masih lagi mengharapkan sentuhan Muhamad Fuad Mohd Redzuan untuk menghadiahkan emas buat negara di temasya Sukan SEA Filipina tahun ini.

Untuk merealisasikan sasaran itu beberapa peninju negara yang terpilih akan dihantar mendalami ilmu di Kazakhstan, September ini selama tiga bulan sebagai persediaan menghadapi temasya dwi tahunan itu.

Timbalan Presiden Persatuan Tinju Malaysia (MBA) Mohd Iruan Zulkefli ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa kerja bersama Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini berkata, lokasi latihan di Kazakhstan sememangnya menjadi pilihan.

"Teknik di sana adalah yang terbaik dan cara mereka berbeza berbanding tempat lain. "Kami akan pilihan peninju terbaik untuk dihantar ke sana kerana selain Fuad persatuan turut menyasarkan satu lagi pingat dari mana-mana kategori yang disertai," katanya.

Sepanjang berada di Kazakhstan, peninju dijangka akan menyertai beberapa pertandingan selain latihan.

Dua tahun lalu pasukan tinju negara menyumbangkan satu emas menerusi Fuad, perak disumbangkan Adli Hafidz Mohd Pauzi manakala Indran Rama Krishnan meraih gangsa.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mei 2019 @ 8:45 PM