X
Robert Lewandowski bersama cenderamata yang dimenangi. FOTO EPA.
Robert Lewandowski bersama cenderamata yang dimenangi. FOTO EPA.
AFP

ROBERT Lewandowski menamatkan kempen di Liga Jerman sebagai penjaring terbanyak kali keempat tatkala Bayern Munich merangkul kejuaraan liga itu buat kali ketujuh berturut-turut malam tadi.

Lewandowski tidak menemui jaringan ketika Bayern mencatat kemenangan 5-1 ke atas Eintracht Frankfurt, namun tetap mengakhiri musim ini di tangga teratas penjaring dengan 22 gol dalam liga.

Penyerang Poland sebelum ini menerima hadiah dalam senarai ‘meriam pencetak gol’ pada 2014, 2016 dan 2018, dan dia kini salah seorang daripada empat pemain memenangi gelaran itu sebanyak empat kali atau lebih.

Rekod sebelum ini kekal milik penyerang legenda Bayern, Gerd Mueller, yang mencatat penjaring terbanyak selama tujuh kali dalam karier Bundesliga pemain itu.

“Saya sangat berbangga untuk berada di belakang pemain legenda, Saya masih jauh untuk mengejarnya,” kata Lewandowski.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2019 @ 7:18 AM