RONALDO gagal tembusi gawang Tok Gajah.

SKUAD Pahang gagal memanfaatkan peluang di laman sendiri apabila seri 0-0 berdepan Perak di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad kendalian Dollah Salleh dan Mehmet Durakovic gagal tampil dengan corak permainan agresif terutama pada separuh masa pertama.

Peluang terbaik tuan rumah hanya hadir menerusi Matthew Davies namun bola rembatan kapten Tok Gajah itu berjaya ditangkap kemas penjaga gol Perak, Khairul Amri Salehuddin minit ke-27.

Pelawat yang jarang melakukan serangan berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan tetapi disekat pertahanan tuan tumah.

Tanpa banyak gerakan berbahaya ke kubu lawan masing-masing, Pahang dan Perak akur gagal menjaringkan gol sebaik berakhir separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, pemain import Pahang, Saddil Ramdani hampir menjaringkan gol pendahuluan tetapi bola rembatannya melepasi palang pada minit ke-52.

Penyerang import Perak, Ronaldo Henrique juga tidak ketinggalan cuba membolosi kubu tuan rumah yang kebal bertahan.

Sebaik wisel penamat ditiup pengadil perlawanan, Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim, Pahang akur terpaksa berkongsi satu mata dengan Perak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2019 @ 12:05 AM