Rooney beraksi bersama DC United dalam Major League Soccer di Amerika Syarikat. FOTO REUTERS
Agensi

WAYNE Rooney berharap dirinya mampu memberi impak sebesar kumpulan The Beatles apabila beraksi di Amerika Syarikat.

Bekas pemain Manchester United dan kapten England itu mendakwa dia dapat mengingati kumpulan itu membuat persembahan mendapat sambutan hebat di Amerika Syarikat pada 1964 biarpun dia dilahirkan pada 1985.

Dia berkata: “Saya masih ingat Beatles datang pada era 60-an ke negara itu dan berharap saya dapat memberi impak seperti apa dilakukan oleh mereka.”

The Beatles kali pertama menjejak kaki ke New York City pada 7 Februari 1964 iaitu 21 tahun sebelum Wayne dilahirkan dan memandang wajah ayahnya.

Mereka mendapat sambutan hebat terutamanya jeritan peminat wanita serta 73 juta penduduk menonton untuk kali pertama persembahan mereka ditayangkan di seluruh Amerika Syarikat menerusi The Ed Sullivan Show.

Untuk tempoh enam tahun selepas itu, The Beatles mencatat jualan single tertinggi setiap minggu.

Menjelang 1966 Beatlemania terlalu menjadi kegilaan hinggakan mereka terpaksa menghentikan jelajah mereka.

Rooney yang menandatangani kontrak untuk DC United pada musim panas lalu, membawa pasukannya beraksi kelayakan playoff pada November lalu tetapi mereka tewas pada penentuan sepakan penalti.

Dua pasukan itu kini berkongsi tangga teratas selaku pendahulu liga.

Bagaimanapun, Rooney pernah ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dan menimbulkan kebimbangan keselamatan di Lapangan Terbang Washington Dulles Disember lalu.

Dia juga menyebabkan isterinya, Coleen, 33, naik angin selepas keluar berparti bersama wanita pelayan bar berambut perang, Vicki Rosiek, 32, sewaktu kem latihan pra-musim di Florida pada Februari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2019 @ 3:53 PM