AKSI Roger Federer menentang Sonego pada pusingan pertama Terbuka Perancis. FOTO Reuters
AFP

ROGER Federer kembali ke Roland Garros selepas empat tahun dengan kemenangan 6-2, 6-4, 6-4 ke atas pemain Itali Lorenzo Sonego malam ini dan berkata dia ‘terlalu rindu untuk bermain di Paris’.

Federer, juara edisi 2009 di Paris akan berdepan pemain Jerman Oscar Otte untuk tiket ke pusingan ketiga.

Juara kejohanan utama 20 kali itu tidak pernah beraksi dalam kejohanan itu sejak 2015 apabila mara ke suku akhir.

Bagaimanapun pemain berusia 37 tahun itu bagaikan tidak meninggalkan langsung tempat itu apabila mencatat kemenangan dalam tempoh satu jam 41 minit di Gelanggang Philippe Chatrier yang baru dibina semula.

Ia adalah kemenangan pusingan pertama ke-60 berturut-turut buatnya dalam aksi Grand Slam.

“Saya terlalu rindukannya jadi terima kasih atas sambutan anda,” kata Federer.

“Saya rasa hebat bermain di gelanggang ini. Ia kelihatan hebat dan menarik jadi tahniah kepada semua yang terbabit.

“Saya harap dapat bermain di sini lagi untuk perlawanan berikutnya.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2019 @ 11:19 PM