REAKSI Hamilton selepas memenangi perlumbaan di GP Monaco. FOTO Reuters
AFP

LEWIS berjaya menepis tekanan sepanjang perlumbaan untuk mengesahkan kemenangan sengit, penuh dramatik dan emosi buat Mercedes sewaktu Grand Prix Monaco malam ini.

Juara dunia lima kali dan pendahulu kejuaraan ketika ini, yang mendahului kurang sesaat berbanding pelumba Red Bull Max Verstappen, berjaya berjaya melepasi serangan akhir pelumba Belanda itu dengan ‘semangat melawan dimiliki Niki Lauda’.

Verstappen yang mengalami pelanggaran di laluan pit ketika perlumbaan, diklasifikasikan di tempat keempat selepas dikenakan penalti lima saat.

Situasi itu membolehkan Sebastian Vettel melonjak ke tangga kedua buat Ferrari dan Valteri Bottas di tangga ketiga dengan memandu jentera Mercedes kedua.

“Lewis, ini James... Pemanduan hebat,” kata pakar strategi Mercedes James Wolves sebelum ketua pasukan Toto Wolff memberitahunya, “Ini adalah untuk Niki.”

“Ia adalah perlumbaan paling sukar buat saya,” kata Hamilton.

“Saya berjuang dengan semangat Niki. Beliau benar-benar seorang yang membawa pengaruh dalam pasukan kami dan kami rindukannya.”

Rakan sepasukan Verstappen di Red Bull Pierre Gasly di tempat kelima di depan Carlos Sainz dari McLaren, Daniil Kvyat dan rakan sepasukannya di Toro Rosso Alex Albon.

Daniel Ricciardo, pemenang tahun lalu di Red Bull, kesembilan buat Renault di depan Romain Grosjean dari Haas.

Ini adalah kemenangan ketiga Hamilton do Monaco dan ke-77 sepanjang karier, melebarkan jurang dengan Bottas dalam saingan pelumba.

Keputusan itu melebarkan kemenanagn Mercedes musim ini kepada enam namun penamat satu-dua mereka berakhir di perlumbaan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2019 @ 12:08 AM