Norman (kanan) memenangi acara larian 200m lelaki di Liga Diamond, Itali. FOTO AFP.
AFP

JUARA Olimpik, Elaine Thompson menguasai acara pecut 100 meter (m) kejohanan Liga Diamond di Rome, Itali, untuk mengalahkan pelari Britain, Dina Asher-Smith tatkala Michael Norman mencatat kekalahan pertama kepada rakan senegara, Noah Lyles dalam acara 200m dalam tempoh tiga tahun.

Pelari Jamaica Elaine mempamerkan kebangkitan lewat mengatasi pesaingnya untuk mencatat rekod 10.89 saat (s) di Stadium Olimpik dalam pusingan ke empat siri Liga Diamond

Dina menduduki tempat kedua dengan catatan 10.94s dengan pelari Amerika, Aleia Hobbs pemenang di Shanghai menduduki tempat ketiga 11.12s.

Elaine juara Olimpik dalam acara 100m dan 200m, diberi cabaran sengit oleh Dina dalam jarak sama di Stockholm, minggu lalu dengan pelari Britain turut menang di Doha pada Mei.

Namun kali ini Dina pelari berusia 23 tahun yang diharap mampu mencipta kejutan.

“Pelumbaan ini tidak seperti yang diharapkan, walaupun saya bermula dengan permulaan yang pantas di mana ia sangat bagus,” kata Dina juara tiga kali Eropah, yang membuat penampilan pertama dalam acara 100m musim ini.

“Pembukaan musim dengan catatan yang kurang daripada 11 saat tidak sangat teruk, terutamanya apabila saya sentiasa merasakan sedikit ‘berkarat’,” katanya.


Elaine Thompson (kiri) dari Jamaica mendahului pelari lain dalam acara larian 100 meter wanita di Itali. FOTO EPA.

Sementara, pelari Amerika, Norman, 21, menguasai larian sejak digarisan permulaan walaupun diberi tentangan sengit oleh Lyles juga berusia 21 tahun, untuk mencatat masa terbaik musim ini 19.70s.

“Saya sangat gembira dengan catatan masa, ada peningkatan yang baik, ia sangat hebat,” kata Norman yang turut dikenali pakar acara 400m.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Jun 2019 @ 4:44 PM