CARRAGHER (kanan) tidak merasakan VVD akan meraih anugerah Ballon d'Or.
Agensi

PEMAIN legenda Liverpool, Jamie Carragher yakin Virgil van Dijk (VVD) akan terlepas daripada memenangi Ballon d'Or biarpun menikmati musim cemerlang.

Van Dijk yang beraksi cemerlang membantu Liverpool memenangi Liga Juara-Juara (UCL) malah pasukannya juga hanya ketinggalan satu mata di belakang juara Liga Perdana, Manchester City.

Pemain berusia 27 tahun itu menjadi pilihan kaki pertaruhan untuk ditabalkan sebagai pemain terbaik Eropah tetapi Carragher yakin bintang Barcelona, Lionel Messi akan memenangi anugerah berprestij itu.

Bercakap kepada Sky Sports, Carragher memberitahu: “Saya nampak dia berada di depan Messi dalam pertaruhan.

“Saya merasakan Messi, itu secara jujurnya dan jarang sekali kita lihat pemain bek tengah akan menerima anugerah seperti itu.

“Saya rasa (Fabio) Cannavaro meraihnya kerana memenangi Piala Dunia 2006.

“Saya tidak merasakan permainannya banyak berubah sejak beberapa musim lalu.

“Jelas sekali dia menikmati musim terbaik, seseorang perlu memenangi hadiah besar dan saya rasa UCL meletakkannya sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia”.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Jun 2019 @ 8:11 PM