NADAL raja gelanggang tanah liat Roland Garros. — FOTO EPA
AFP

RAFAEL Nadal memenangi kejuaraan di Roland Garros kali ke-12 pada hujung minggu, namun dia masih jauh ketinggalan di belakang Novak Djokovic dalam ranking dunia ATP yang dikeluarkan hari ini.

Pemain Austria, Dominic Thiem, yang kalah di tangan Nadal pada final semalam, kekal di tangga keempat di belakang bintang Switzerland, Roger Federer, yang tewas di tangan pemain Sepanyol itu pada separuh akhir bagi penampilan pertamanya di Paris sejak 2015.

Pemain Russia, Karen Khachanov melonjak dua anak tangga ke tangga kesembilan susulan pencapaiannya layak ke suku akhir Terbuka Perancis.

Fabio Fognini dari Itali, yang turut layak ke suku akhir di Roland Garros dan juara di Monte Carlo April lalu, turut meningkat dua anak tangga ke tangga ke-10.

Perubahan terbesar dalam kelompok 20 teratas adalah pemain Switzerland, Stanislas Wawrinka, yang kalah pada suku akhir di tangan Federer di Paris sudah mencukupi buatnya untuk melonjak sembilan anak tangga ke kedudukan ke-19.

Ranking ATP 10 Jun 2019

1. Novak Djokovic (SRB) 12,715 mata

2. Rafael Nadal (ESP) 7,945

3. Roger Federer (SUI) 6,670

4. Dominic Thiem (AUT) 4,685

5. Alexander Zverev (GER) 4,360

6. Stefanos Tsitsipas (GRE) 4,215

7. Kei Nishikori (JPN) 4,040

8. Kevin Anderson (RSA) 3,565

9. Karen Khachanov (RUS) 2,980 (+2)

10. Fabio Fognini (ITA) 2,785 (+2)

11. John Isner (USA) 2,715 (-1)

12. Juan Martin Del Potro (ARG) 2,695 (-3)

13. Daniil Medvedev (RUS) 2,625 (+1)

14. Borna Coric (CRO) 2,525 (+1)

15. Marin Cilic (CRO) 2,395 (-2)

16. Gael Monfils (FRA) 2,055 (+1)

17. Nikoloz Basilashvili (GEO) 1,970 (-1)

18. Milos Raonic (CAN) 1,960

19. Stan Wawrinka (SUI) 1,715 (+9)

20. Roberto Bautista Agut (ESP) 1,690 (+1)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Jun 2019 @ 11:57 PM