Federer bersama piala selaku juara Terbuka Halle. FOTO REUTERS
Reuters

ROGER Federer bermula langkah kanan menjelang Kejohanan Wimbledon bulan depan selepas mengenepikan David Goffin 7-6(2) 6-1 untuk menjulang gelaran Terbuka Halle kali ke-10, hari ini.

Pemain Switzerland itu melakukan tujuh ace dan tiga kali memecahkan servis Goffin sebelum menewaskan lawan dari Belgium itu dalam pertarungan memakan masa selama 83 minit di Weber Stadion, Halle, Jerman.

Ia adalah gelaran jelajah ke-102 buat Federer dengan hanya ketinggalan tujuh kejuaraan di belakang rekod Jimmy Connors.

Malah, ia adalah kejayaan kali ke-19 jelajah di atas gelanggang rumput buat pemain berusia 37 tahun itu yang akan beraksi dalam kalangan pemain utama di Wimbledon dan Federer juga cuba untuk mencari gelaran ke-20 Grand Slam.

“Sukar dipercayai. Saya tidak menyangka apabila kali pertama saya bermain di sini saya akan memenangi 10 kejuaraan seperti sekarang,” kata Federer.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2019 @ 10:25 PM