Jasper Cillessen. FOTO File Reuters
Reuters

VALENCIA menandatangani penjaga gol Belanda, Jasper Cillessen dari Barcelona dengan perjanjian selama empat tahun, kata kedua-dua kelab Sepanyol itu, semalam.

Barca dalam satu kenyataan berkata mereka akan memperoleh 35 juta euro (RM165 juta) bagi pemain berusia 30 tahun itu yang tiba ke Nou Camp dengan nilai 16 juta euro (RM75.42 juta) dari Ajax Amsterdam pada 2016.

Cillessen beraksi sebanyak 32 kali sepanjang tiga musim di Barca tidak berjaya mencabar penjaga gol Jerman, Marc-Andre ter Stegen sebagai penjaga gol nombor satu kelab berkenaan.

Dia sering menjadi pilihan utama untuk saingan Piala Raja Sepanyol dan menjulang trofi berkenaan sebanyak dua kali bersama Barca sebelum tewas kepada Valencia 1-2 pada musim lalu.

Valencia berkata kontrak Cillessen turut dilengkapkan dengan klausa pembelian berjumlah 80 juta euro (RM377.11 juta).

Cillessen yang mempunyai 50 kap bersama skuad kebangsaan Belanda dan merupakan penjaga gol utama pasukan itu ketika ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2019 @ 12:03 PM