Benitez raih pendapatan RM63 juta setahun bersama Dalian. FOTO REUTERS
Agensi

RAFA Benitez diperkenalkan sebagai pengurus baru kelab Liga Super China, Dalian Yifang selepas meninggalkan Newcastle United.

Benitez tidak membuang masa membuat keputusan segera mengenai masa depannya selepas bersetuju berhijrah ke Asia dengan menandatangani kontrak mewah.

Bos pemenang Liga Juara-Juara (UCL) itu meraih sebanyak £12 juta (RM63j) setahun bersama kelab China itu yang sememangnya menjadikannya sebagai sasaran utama.

Benitez meninggalkan Newcastle berikutan kontraknya berakhir dan tidak perlu membayar sebarang pampasan kepada kelab itu.

Benitez turut mengesahkan berita pelantikannya itu di akaun Twitter peribadinya, hari ini.

“Selepas melalui perjalanan panjang, kami memulakan cabaran baru. Saya gembira memulakan projek ini bersama Dalian Yifang,' tulis bekas bos Liverpool itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2019 @ 7:34 PM