X
Zainal rencana strategi berdepan PJ City. FOTO NSTP
Zainal rencana strategi berdepan PJ City. FOTO NSTP
Nazri Abu Bakar


JURULATIH Melaka, Zainal Abidin Hassan tidak cemas walaupun`tidak dapat membariskan kesebelasan terbaik pada setiap perlawanan.

Ketika bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) minggu lalu, dia tidak dapat menurunkan Dominik Balic malah pertahanan kiri, Raimi Md Nor juga tidak dapat beraksi apabila bertemu Petaling Jaya City FC (PJ City) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Sabtu ini.

Zainal berkata kekurangan pemain utama akibat penggantungan perlawanan bukan halangan untuk pasukan beraksi dengan positif.

Dengan pilihan di posisi itu termasuk Khuzaimi Piee, Razman Roslan dan beberapa pemain lain, beliau sudah menyediakan strategi mengukuhkan benteng pasukan.

"Apapun saya menuntut kemenangan Melaka pada perlawanan bertemu PJ City yang boleh membantu usaha melonjak kedudukan lebih baik dalam carta Liga Super.

“Saya yakin skuad Hang Tuah akan memperbaiki kedudukan yang kini di tangga keenam dengan syarat tiga mata diraih pada perlawanan itu,” katanya.

Zainal mahu anak didiknya waspada dengan ancaman lawan sepanjang 90 minit aksi itu di tempat lawan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Julai 2019 @ 4:24 PM
Digital NSTP Subscribe