SOLSKJAER gembira dengan urusan perpindahan kelab itu musim panas ini. FOTO Zimbio
AFP

PENGURUS Manchester United Ole Gunnar Solskjaer menegaskan beliau gembira dengan urusan perpindahan yang dilakukan kelab itu musim panas ini dan menjangkakan lebih ramai pemain dapat dibeli sebelum bermulanya musim baharu.

United membelanjakan sehingga £65 juta (RM336.1 juta) untuk pemain muda berbakat Aaron Wan-Bissaka dan Daniel James, namun tidak mendapat pulangan sewajarnya dari aspek pemain di Old Trafford, meskipun berdepan pengakhiran yang teruk musim lalu.

Bagaimanapun Solskjaer percaya lebih banyak pembelian dapat dibuat bulan hadapan dan gembira dengan pembelian Wan-Bissaka dan James dalam perubahan strategi pada pasaran perpindahan pemain yang kini tertumpu kepada pemain muda Britain.

Sebelum ini dilaporkan bidaan United sebanyak £70 juta (RM361.9 juta) untuk mendapatkan bek tengah England Harry Maguire ditolak Leicester minggu ini.

“Ia projek jangka panjang dan jangka pendek,” kata Solskjaer.

“Anda tidak hanya boleh memikirkan untuk tiga tahun, jadi kami juga mempunyai matlamat jangka pendek.

“Saya fikir kami begitu tenang dan baik dalam pasaran perpindahan dan mendapat pemain yang tepat, malah berusaha mendapatkan satu atau dua pemain lagi.

“Saya mendapat sokongan dan kami mendapatkan orang yang kami mahukan buat masa ini, mungkin beberapa kontrak akan diuruskan.”

Selepas bermula baik ketika Solskjaer ditawarkan tugas pengendali sementara pada Disember, prestasi United bagaimanapun mejunam sehingga akhir kempen menyebabkan mereka menduduki tangga keenam Liga Perdana Inggeris.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2019 @ 10:27 PM