Aubameyang tayang kereta Lamborghini Huracan berharga RM1.3j. FOTO Instagram/REUTERS
Agensi/Twitter

JIKA koleksi kereta dimiliki oleh Pierre-Emerick Aubameyang masih belum mencukupi untuk membuat orang lain cemburu, penyerang Arsenal itu kini membeli pula kereta Lamborghini Huracan ditempah khas berharga £240,000 (RM1.3j).

Aubameyang menayangkan kereta baru ‘psychedelic’ bumbung lembut merah itu yang dimuatnaik di Instagram story, semalam.

Pemain berusia 30 tahun itu juga mempunyai tiga Ferrari berprestasi tinggi, dua Audi R8s dan Aston Martin.

Nilai anggaran kesemua kereta terbabit lebih £2 juta (RM10.4j).

Menerusi video itu, Aubameyang turut menunjukkan Lamborghini berwarna emas dan Range Rover miliknya.

Pemain Arsenal itu dikenali suka kepada kereta berkelajuan tinggi dan Lamborghini Huracan baru dibelinya itu mampu mencapai kelajuan 202 bsj (326 kilometer sejam).

Bekas bintang Borussia Dortmund itu yang berpendapatan £198,000 (RM1 juta) seminggu di Emirates, membayar Lambo itu dengan gaji selama dua minggu saja.

Aubameyang yang meledak 31 kali dalam semua pertandingan musim lalu bersama The Gunners, dijangka kembali ke padang latihan ketika skuad kendalian Unai Emery membuat persiapan menghadapi musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dia yang dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United pada awal bulan ini nampaknya kekal di Arsenal.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2019 @ 2:42 PM