Aksi pemain pertahanan Algeria, Youcef Atal (kiri) ketika berdepan pemain Ivory Coast pada peringkat suku akhir Piala Negara Afrika, semalam. FOTO AFP
AFP

ALGERIA dijangka kehilangan khidmat pemain muda berbakat di posisi pertahanan kanan, Youcef Atal yang dilaporkan mengalami kecederaan bahu pada perlawanan suku akhir menentang Ivory Coast, di Mesir, semalam.

Jurulatih skuad ‘Desert Foxes’, Djamel Belmad menjangkakan Atal terpaksa melupakan aksi bersama Algeria pada kejohanan itu.

Algeria akan berdepan Nigeria di Stadium Antarabangsa Kaherah, awal pagi Isnin, dalam perebutan tempat ke final Piala Negara Afrika yang dijadualkan berlangsung awal pagi Khamis ini.

Nigeria seperti pulih sepenuhnya selepas tersentak dengan kekalahan mengejut ke atas Madagascar apabila berjaya menewaskan juara bertahan, Cameroon dan Afrika Selatan yang menjadi pasukan pilihan pada kejohanan di Mesir itu.

“Apa yang mengkagumkan saya mengenai pasukan saya adalah mereka tidak pernah putus asa. Sikap enggan mengalah ini membolehkan kami melangkah lebih jauh,” kata jurulatih Nigeria, Gernot Rohr.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2019 @ 10:15 AM