X
MAGUIRE sedia beraksi bersama Red Devils atau City. - FOTO Agensi
MAGUIRE sedia beraksi bersama Red Devils atau City. - FOTO Agensi
Agensi

HARRY Maguire mengesahkan hasratnya berpindah ke Manchester United atau Manchester City tetapi kedua-kedua kelab itu perlu terlebih dahulu menepati harga ditetapkan Leicester City.

Leicester ketika sesi kem latihan di Perancis memberi jaminan tidak akan menolak hasrat pemain England berusia 26 tahun itu tetapi mereka tetap enggan bertolak ansur dengan harga ditetapkan sebanyak £85 juta (RM437 juta).

Sportsmail melaporkan minggu lalu, United yakin mereka mendahului pesaing dalam mendapatkan Maguire walaupun masih belum mencapai tanda harga diminta Leicester.

Maguire tahu penolong pengurus United, Mike Phelan sudah pasti mengharapkan kedatangannya selepas mereka bergandingan baik di Hull City sebelum ini dan yakin kombinasi mereka mampu melonjak nasib United musim depan.

Bagaimanapun, United perlu meningkatkan tawaran apatah lagi Leceister tidak terburu-buru menjual bintang mereka menjelang tarikh akhir pada 8 Ogos depan.

Manchester City pula menawarkan £50 juta (RM257 juta) dan yuran tambahan lain menyusul tetapi Leicester hanya mahu bayaran terus.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2019 @ 12:15 PM