PACQUAIO (kiri) dan Thurman berentap Sabtu ini. - FOTO Agensi
Agensi

MANNY Pacquiao menegaskan tiada sebarang perjanjian untuk pertarungan dengan Amir Khan pada 8 November depan.

Petinju Britain itu sebelum ini mendakwa dalam sidang akhbar dia akan menentang petinju veteran itu di Arab Saudi.

Khan menewaskan Billy Dib di Arab Saudi minggu lalu untuk menjuarai gelaran welterweight WBC dan pantas mahukan pertarungan dengan Pacquiao.

Bagaimanapun, petinju veteran Filipina itu agak terkejut ketika ditanya mengenai prospek pertarungan itu.

Paquiao, 40, berkata: “Tidak, saya tak tahu mengenainya, mungkin Manny Pacquiao yang lain,”

Jurucakap Pacquiao, Fred Sternberg pula berkata: “Manny tidak menandatangani apa-apa kontrak. Setahu saya tiada apa-apa dibincangkan,” kata Stenberg.

Pacquiao kini dalam persiapan menentang Keith Thurman iaitu pertarungan ke-71 sepanjang karier profesionalnya yang berlangsung di MGM Grand Garden Arena, Las Vegas pada Sabtu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2019 @ 12:50 PM