HAFIZUDDIN gigih menjalani latihan menjelang Sukan SEA di MSN Keramat. — FOTO Hafiz Sohaimi
Azlan Muhammad Zain


SESUAI dengan statusnya selaku pemain senior, Hafizuddin Mat Daud tidak kekok untuk beraksi dalam sebarang acara pada Sukan SEA Filipina.

Pemain petanque berusia 26 tahun itu akan membuat penampilan kali kelima berturut-turut pada edisi ke-30 temasya dwitahunan itu.

“Saya masih belum pasti acara yang akan disertai, terpulang kepada jurulatih dan pengurusan untuk membuat keputusan.

“Saya tak berani menyatakan acara mana yang mempunyai kekuatan diri, biar jurulatih yang menilainya. Saya akan menjalankan tugas sebaik mungkin apabila diberikan tanggungjawab,” jelasnya.


HAFIZUDDIN tidak berpeluang pertahan emas perseorangan Sukan SEA. — FOTO Hafiz Sohaimi

Tuan rumah Filipina dilihat cuba menafikan peluang skuad negara meraih emas apabila menggugurkan acara perseorangan yang dimenangi Hafizuddin pada edisi 2015 dan 2017.

Petanque akan berlangsung di Clark Global City dan hanya mempertandingkan dua acara bagi lelaki dan wanita iaitu double dan trio.

Hafizuddin mencipta sejarah apabila memenangi emas pertama Malaysia dalam sejarah penyertaan Sukan SEA dengan muncul juara perseorangan lelaki pada Sukan SEA Singapura 2015.

Dia mempertahankan emas perseorangan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2019 @ 9:32 PM