Skip this ad x
PASUKAN Selangor (dari kiri) Azizi, Tun Ameerul, Muaz dan Alex memperagakan pingat masing-masing selepas menjuarai acara berpasukan lelaki. — FOTO BERNAMA
Nor Hairulnizam Wahid


HASRAT Kuala Lumpur untuk meneruskan rentak kejayaan dalam acara berpasukan lelaki tidak kesampaian apabila tunduk kepada Selangor pada Kejohanan Boling Antara Negeri di Sunway Mega Lanes, Petaling Jaya, hari ini.

Selangor yang dibarisi Ahmad Muaz Fishol, Alex Liew, Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam dan Azizi Naim Jabar menewaskan Kuala Lumpur yang dibarisi Rafiq Ismail, Syafiq Ridhwan, Timmy Tan dan Hafiz Zainuddin 5,007 berbanding 4,965 jatuhan pin selepas tamat enam game.

Pulau Pinang yang dibarisi Adrian Ang, Arief Ramadhan, Ahmad Aidil dan Ooi Hock Keong meraih gangsa dengan 4,945 jatuhan pin.

Bagaimanapun Rafiq terus mempamerkan keunggulannya apabila menjuarai acara All Events lelaki (membabitkan acara perseorangan, beregu dan berpasukan) dengan 3,964 jatuhan pin.


RAFIQ bersama pingat emas All Events lelaki. — FOTO Syarafiq Abd Samad

Kegagalan skuad lelaki Kuala Lumpur berjaya ditebus pasukan wanita yang dibarisi Nur Syazwani Sahar, Radin Nur Najwa, Nora Lyana Nastasia dan Hee Kar Yen dengan 5,095 jatuhan pin.

Perak milik Sarawak yang dibarisi Gillian Lim, Nur Hazirah Ramli, Nurafidza Amran dan Nur Aina Kamalia Abd Ayub dengan 4,972 manakala gangsa milik Selangor yang dianggotai Ili Syazana, Iffah Nadhirah, Qistina Zainal dan Victoria Chin dengan 4,458.

Radin Nur Najwa turut mengungguli acara All Events wanita dengan 3,872 jatuhan pin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Julai 2019 @ 8:41 PM