MAGUIRE kini pertahanan termahal dunia. - FOTO Agensi
Reuters

KELIBAT Harry Maguire pasti diberi lebih perhatian selepas dia melengkapkan perpindahan bernilai 80 juta pound (RM409 juta) ke Manchester United sekali gus muncul pemain pertahanan termahal dunia.

Untuk itu, tonggak Liverpool, Virgil van Dijk tampil dengan nasihat: “Anda perlu menumpukan perhatian kepada perlawanan dan bijak menangani tekanan yang bakal hadir.”

Van Dijk sebelum ini menjadi pertahanan termahal dunia apabila dia menyertai Liverpool dengan yuran perpindahan 75 juta pound (RM383 juta) tahun lalu sebelum United mengatasi jumlah itu dengan membawa masuk Maguire - bekas pemain Leicester City.

Van Dijk berkata, tanda harga tinggi ke atas Maguire itu tidak dipengaruhi individu itu sendiri namun dia tidak boleh mengelak daripada perhatian umum.

“Tanda harga itu datang dengan tekanan, tetapi ia tidak akan mengubah sama sekali diri anda kerana bermain di kelab besar seperti Man United sudah cukup untuk membuatkan anda tertekan,” katanya.

“Bukan mudah untuk anda menghilangkan tekanan itu.”

Katanya, keupayaan untuk menangani semua tekanan membolehkan pasukan tidak berasa rugi membelinya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Ogos 2019 @ 10:42 PM