VALVERDE (kiri) memperkatakan sesuatu kepada pemainnya. FOTO Agensi
AFP

JURULATIH Barcelona, Ernesto Valverde menegaskan Philippe Coutinho akan bersedia untuk terus kekal di Camp Nou di sebalik minat tinggi terhadap pemain tengah Brazil dari kelab Liga Perdana Inggeris.

Perkembangan terbaru selepas pemain Croatia, Ivan Rakitic menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-79 menewaskan Napoli, 2-1 di Stadium Hard Rock, Miami hari ini.

Bekas penyerang Liverpool, Coutinho menjarakkan perpindahan ke Tottenham - dia turut dikaitkan dengan Arsenal - dan dengan perpindahan pemain di England ditutup hari ini, peluang pemain berusia 27 tahun kembali semula ke England seakan tipis.

Bekas penyerang Barca, Neymar, ketika ini di Paris St Germain, turut dikaitkan untuk membuat kepulangan semula sensasi bersama juara La Liga, walaupun dia kemudiannya dicadang menjadi sasaran Real Madrid yang turut meningkatkan tawaran perpindahan.

“Perancangannya adalah untuk terus berharap kepada Coutinho,” tegas Valverde.

“Tempoh perpindahan pemain masih terbuka namun kami sudah tentu mengharapkan dia untuk terus kekal.

“Dan bagi kes Neymar, kali terakhir ketika saya hadir ke stadium ini saya tidak mempunyai jawapan dengan pelbagai soalan mengenainya. Dua tahun kemudian dan ia berlaku lagi. Ia seperti mempengaruhi saya. Saya tidak tahu apa akan berlaku.”


GRIEZMANN (kiri) cuba melepasi halangan pemain Napoli pada aksi persahabatan di Stadium Hard Rock, Miami. FOTO Agensi

Pemain tengah dari Croatia, Rakitic menjaringkan gol cantik selepas gol sendiri dari Samuel Umtiti menafikan jaringan pembukaan Sergio Busquet buat wakil Sepanyol itu.

Ia adalah perlawanan pertama daripada dua perlawanan membabit gergasi Eropah dengan aksi kedua berlangsung di Michigan pada Sabtu.

“Ia adalah perlawanan yang seimbang dan kami mempunyai banyak peluang untuk mencuba sebahagian besar pemain jadi ia memberi kesan positif kepada pasukan,” kata Valverde yang membawa pasukan di jelajah mini Amerika Syarikat tanpa Lionel Messi yang cedera.

Antoine Griezmann, pemain Barcelona yang ditandatangani AS$134 juta (RM563.64 juta) dari Atletico Madrid, memulakan aksi perlawanan dan bergandingan baik dengan rakan penyerang Luis Suarez.

Coutinho turut serta dalam jelajah AS namun tidak berada dalam senarai pemain pasukan diberi kelonggaran waktu rehat berikutan penyertaan di Copa America bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Ogos 2019 @ 12:05 PM