AKSI Aifa (kanan) ketika menentang pemain Hong Kong, Chan Sin Yuk di Pusat Skuash Negara, Bukit Jalil. - FOTO Hafiz Sohaimi
BERNAMA

PASUKAN skuasy remaja negara berpeluang menebus kekecewaan selepas layak ke perlawanan akhir Kejohanan Berpasukan Skuasy Remaja Dunia WSF 2019 apabila menewaskan Hong Kong 2-0 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Pemain remaja wanita sebelum ini mengalami kekecewaan dalam acara individu pada kejohanan itu minggu lepas.

Chan Yiwen memberikan mata pembukaan dengan menang mudah, 11-2,11-3, dan 11-0 ke atas Kirstie Ko Yui Wong.

Sementara pada perlawanan kedua, Aifa Azman menghadapi perlawanan sukar sebelum berjaya mengalahkan Chan Sin Yuk, 11-2, 6-11, 14-12, 13-15 dan 11-9.

“Perlawanan separuh akhir ini mengingatkan saya pada perlawanan separuh akhir individu. Saya ketinggalan 9-2 pada set keempat dan 9-4 pada set kelima, ia mengingatkan saya kepada perlawanan menentang Janna. Bagaimanapun, saya berjaya atasi kegugupan saya dan menang set kelima,” kata Aifa.

Aifa berkata, beliau akan bermain lebih baik dan lebih fokus pada perlawanan pertama kumpulan menentang Hania El Hammamy esok.

Sementara itu, penolong petua jurulatih negara, Anfrew Cross gembira dengan prestasi pasukan walaupun permainan tidak menentu yang ditunjukkan Aifa.

Cross berkata, beliau optimis untuk perlawanan final esok menentang Mesir dan melihat ini sebagai satu cabaran untuk pasukan negara yang akan menghadapi pasukan terbaik.

“Ia bagus yang kita lahirkan (pasukan yang bagus) setiap dua tahun dan kita mahu ia bertambah baik dan kita layak ke final,” katanya.

Pasukan negara selaku pilihan kedua kejohanan akan menghadapi juara bertahan Mesir yang menewaskan England 3-0 pada perlawanan akhir esok.

Untuk rekod, Malaysia menduduki tempat kedua, dua kali iaitu pada 2001 dan 2007.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Ogos 2019 @ 12:09 AM