Skip this ad x
Kovac mampu kembali era Bayern. FOTO REUTERS
AFP

PEMAIN legenda Bayern Munich, Lothar Matthaeus yakin jurulatih yang menerima kecaman, Niko Kovac mampu membentuk era di kelab itu mengikut jejak pengurusan hebat seperti Ottmar Hitzfeld dan Jupp Heynckes.

Dalam satu temu ramah menjelang perlawanan Bayern pada pembukaan Bundesliga menentang Hertha Berlin, awal pagi Sabtu ini, pemenang Piala Dunia 1990 itu berkata Kovac boleh mengikut jejak pencapaian jurulatih paling berjaya Bayern dan membimbing kejayaan kelab pada Liga Juara-Juara (UCL).

“Saya rasa Kovac mampu membina era seperti pernah dilakukan oleh Ottmar Hitzfeld, Jupp Heynckes dan Udo Lattek di Bayern,” kata Matthaeus, 58.

Kovac berdepan kecaman pada musim pertama di di Bayern musim lalu dan terus menerima kritikan di bilik persalinan biarpun membawa kelab itu meraih dua gelaran berganda domestik.

“Dia memenangi gelaran berganda dalam keadaan sukar tahun lalu. Dia menunjukkan dia mampu memberi tentangan,” kata Matthaeus.

“Dia pakar bolasepak dan saya rasa lebih mudah buatnya musim ini.”

Matthaeus yang memenangi tujuh gelaran Bundesliga bersama Bayern selaku pemain berkata Kovac ditinggalkan bersendirian oleh pemainnya yang mempunyai ego besar di kelab itu.

Dia merasakan bekas pemain Croatia itu kini berasa lebih selesa selepas beberapa pemain senior seperti Arjen Robben, Mats Hummels dan Franck Ribery meninggalkan Munich.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Ogos 2019 @ 10:04 PM