Agensi

BEKAS bintang Celtic, Emilio Izaguirre dikejarkan ke hospital akibat cedera selepas terbabit dalam rusuhan kelab penyokong dalam saingan Liga Honduras mengakibatkan tiga maut dan tujuh cedera parah.

Pemain pertahanan terbabit yang bersetuju untuk beraksi bersama bersama bekas kelab utama negara itu, Motagua, minggu lalu selepas meninggalkan Celtic untuk kali kedua pada musim panas menyaksikannya meraih 13 trofi sepanjang tempoh itu.

Pertembungan derby antara kelab Motagua dan Olimpik di ibu kota negara itu, Tegucigalpa sebelum perlawanan tercetus selepas bas pasukannya diserang oleh sekumpulan penyokong.

Izaguirre dibawa ke hospital selepas serpihan kaca masuk ke matanya malah dua rakan sepasukan, Roberto Moreira dan Jonathan Rougier turut cedera.


Anggota bomba mengusung wanita terbabit dalam pergaduhan penyokong bolasepak di Honduras. FOTO REUTERS

Bagaimanapun, pemeriksaan doktor terhadap pemain berusia 33 tahun itu mengesahkan dia tidak mengalami kecederaan serius atau kerosakan mata.

Dia berkata: “Syukur kepada Tuhan saya dalam keadaan baik. Terdapat serpihan kaca terbang masuk ke dalam mata tetapi saya diberitahu tiada sebarang masalah serius atau kerosakan jangka panjang.

“Perkara paling menyakitkan saya adalah mangsa yang meninggal dunia. Kami semua rakyat Honduras,tidak kira apa pasukan disokong, kita semua mesti mempunyai rasa hormat terhadap manusia lain.

'Terima kasih juga terhadap semua mesej dikirim kepada saya.”

Laporan media menyatakan tiga mangsa maut dalam insiden itu berusia antara 20 dan 27 tahun.

Motagua menyalahkan penyokong Ultra Olimpia melakukan serangan itu dan menyatakan: “Mereka perlu diharamkan oleh pihak berkuasa.”

Perlawanan derby Tegucigalpa itu turut dibatalkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Ogos 2019 @ 2:19 PM
Tiga maut selepas penyokong bertempur sebelum perlawanan Motagua menentang Olimpia. FOTO EPA