Lionel Scaloni (kanan) umum senarai awal skuad Argentina. FOTO Agensi
Agensi

PENYERANG Boca Juniors, Alexis Mac Allister antara seorang daripada tujuh pemain yang langsung tidak mempunyai kap bersama Argentina disenaraikan dalam skuad kebangsaan itu menjelang perlawanan persahabatan menentang Chile dan Mexico.

Lionel Scaloni menyenaraikan 27 pemain dalam skuadnya semalam, termasuk Mac Allister, Leonardo Balerdi, Nicolas Figal, Lucas Martinez, Nicolas Dominguez, Lucas Ocampos dan Adolfo Gaich.

Mac Allister, 20, dipinjamkan ke Boca daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Brighton and Hove Albion, yang menandatangani penyerang itu pada Januari.

Argentina, yang menamatkan saingan di tempat ketiga Copa America, tanpa bintang mereka Lionel Messi kerana pemain itu dikenakan hukuman penggantungan.

Ia pasukan yang kurang berpengalaman untuk berdepan aksi persahabatan pada September, dengan Sergio Aguero dan Angel Di Maria antara pemain yang menyertai Messi tidak berada dalam senarai skuad itu.

Argentina menentang Chile di Los Angeles pada 5 September sebelum berdepan Mexico di Texas lima hari kemudian.

Senarai Pemain Argentina :

Esteban Andrada (Boca Juniors), Franco Armani (River Plate), Agustin Marchesin (Porto); Leonardo Balerdi (Borussia Dortmund), Nicolas Figal (Independiente), Lucas Martinez (River Plate), Gonzalo Montiel (River Plate), Nicolas Otamendi (Manchester City), German Pezzella (Fiorentina), Marcos Rojo (Manchester United), Nicolas Tagliafico (Ajax); Marcos Acuna (Sporting CP), Rodrigo De Paul (Udinese), Nicolas Dominguez (Velez Sarsfield), Manuel Lanzini (West Ham), Giovani Lo Celso (Tottenham), Alexis Mac Allister (Boca Juniors), Lucas Ocampos (Sevilla), Exequiel Palacios (River Plate), Leandro Paredes (Paris Saint-Germain), Roberto Pereyra (Watford), Guido Rodriguez (America), Matias Zaracho (Racing Club); Joaquin Correa (Lazio), Paulo Dybala (Juventus), Adolfo Gaich (San Lorenzo), Lautaro Martinez (Inter).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Ogos 2019 @ 10:06 PM