Syahmi Safari hasilakan gol menarik ketika aski Piala AFF. FOTO File NSTP
Syazwan Msar


TIADA pemain Malaysia tersenarai 10 terbaik bagi anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) apabila badan induk itu mengumumkan senarai akhir undian baru-baru ini.

Sebelum itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengemukakan nama pertahanan pasukan kebangsaan Syahmi Safari bagi pencalonan Anugerah Puskas FIFA, selepas jaringan menariknya mendapat pujian ramai dan dianggap antara gol tercantik dalam kempen Piala AFF.

Selain Syahmi, gol ajaib yang dijaringkan pertahanan import Pahang, Herold Mark Goulon turut dikatakan mampu mengikut jejak langkah bekas pemenang Anugerah Puskas, Faiz Subri untuk tercalon dalam anugerah berprestij itu.

Menerusi laman web FIFA, antara nama yang sudah tentu tercalon antara 10 terbaik untuk memenangi anugerah Puskas adalah bintang Barcelona Lionel Messi dan pemain LA Galaxy, Zlatan Ibrahimovic.

Calon lain yang tersenarai adalah pemain RB Leipzig, Matheus Cunha, Juan Fernando Quintero (Kelab Racing), Ajara Nchout (Cameroon), Fabio Quagliarella (Sampdoria), Amy Rodriguez (Utah Royal), Billie Simpson (Ireland Utara), Andros Townsend (Crystal Palace) dan Daniel Zsori (Debreceni VSC).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Ogos 2019 @ 10:35 PM