DEMBELE tercedera ketika menentang Bilbao di San Mames. - FOTO Reuters
Reuters

PENYERANG Barcelona dari Perancis, Ousmane Dembele terpaksa diketepikan hampir lima minggu akibat kecederaan hamstring ketika tewas kepada Athletic Bilbao dalam aksi pembukaan La Liga, menurut juara Sepanyol itu awal pagi tadi.

"Pemeriksaan perubatan ke atas Ousmane Dembele mendapati terdapat kecederaan di bahagian kiri hamstring dan pemain Perancis itu tidak beraksi sekurang-kurangnya lima minggu,” menurut kelab dalam laman web https://www.fcbarcelona.com/en/football/first-team/news/1318276/dembele-....

Ketiadaan Dembele itu satu lagi tamparan buat jurulatih Barca, Ernesto Valverde selepas penyerang, Luis Suarez turut mengalami nasib sama dalam perlawanan menyaksikan mereka tewas 0-1, Sabtu lalu.

Lionel Messi tidak beraksi di Bilbao susulan masih dalam proses pemulihan akibat kecederaan lama sekali gus tersisih jelajah pramusim Barca di Amerika Syarikat. Barca akan menerima kunjungan Real Betis dalam aksi liga seterusnya pada Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Ogos 2019 @ 7:31 AM