OXLADE-Chamberlain gembira lanjut kontrak bersama Liverpool. - FOTO Agensi
Reuters

PEMAIN tengah, Alex Oxlade-Chamberlain menandatangani kontrak baharu jangka panjang bersama Liverpool, menurut kelab Liga Perdana itu, awal pagi tadi.

Pemain berusia 26 tahun itu yang memiliki 32 kap bersama England kurang beraksi musim lalu akibat kecederaan dan dia berharap perjanjian baharu itu dapat memberinya peluang menebus kembali ‘masa’ yang hilang.

"Saya berharap dapat mempamerkan prestasi terbaik dan menebus kesilapan selepas lebih banyak berehat akibat kecederaan musim lalu. Dapat menyambung kontrak bersama kelab seperti ini seperti mimpi menjadi nyata.”

Oxlade-Chamberlain beraksi 89 minit ketika Liverpool menewaskan Southampton 2-1 minggu lalu.

Liverpool tidak berminat dengan jendela perpindahan menjelang musim baharu sebaliknya pengurus, Juergen Klopp mengekalkan skuad yang menjuarai Liga Juara-Juara musim lalu.

Oxlade-Chamberlain menyertai senarai pemain yang menyambung kontrak baharu di Anfield selain Sadio Mane, Jordan Henderson Trent Alexander-Arnold, Andy Robertson dan Joe Gomez.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Ogos 2019 @ 12:30 PM