Pusarla tebus kekalahan kepada Nozomi. FOTO REUTERS
Reuters

PUSARLA Sindhu meraih gelaran pertama India pada Kejuaraan Badminton Dunia selepas menewaskan pemain Jepun, Nozomi Okuhara 21-7 21-7 untuk gelaran juara perseorangan wanita di St Jakobshalle, Basel, Switzerland, malam tadi.

Kejayaan itu juga turut menamatkan kedukaannya apabila dua kali dikecewakan pada final termasuk kecundang kepada Nozomi pada 2017.

Dia juga tewas pada final Sukan Olimpik 2016 dan final Sukan Komanwel tahun lalu.

Pemain berusia 24 tahun itu yang berada dalam ranking kelima dunia tidak menoleh kebelakang selepas mendahului lapan mata pada pertarungan set pertama.

“Kali terakhir lalu, saya tewas pada final. Sebelum itu, saya juga tewas pada final, jadi ia amat penting buat saya untuk menang sekarang,” katanya.

Perdana Menteri India, Narendra Modi turut mengucapkan tahniah kepadanya menerusi Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Ogos 2019 @ 11:42 PM