Azizulhasni raih dua pingat emas. FOTO NSTP
Azizulhasni raih dua pingat emas. FOTO NSTP
BERNAMA

SKUAD berbasikal trek negara menghadiahkan tiga pingat emas pada Kejohanan Berbasikal Trek Antarabangsa China 2019 di Velodrom Laoshan, Beijing, semalam.

Jaguh negara Mohd Azizulhasni Awang menyumbang dua pingat emas masing-masing dalam cara keirin dan pecut.

Manakala satu lagi emas diperolehi menerusi pelumba meningkat naik, Anis Amira Rosidi dalam acara keirin wanita.

Azizulhasni atau jolokannya The Pocket Rocketman meraih emas acara pecut menewaskan pelumba Kazakhstan, Andrey Chugay yang meraih perak manakala pelumba tuan rumah, Zhou Yu terpaksa berpuashati dengan pingat gangsa.

Dua lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Zonis yang mewakili Yayasan Sime Darby (YSD) masing-masing menamatkan saingan di tempat keempat dan ke-12.

Dalam acara kegemarannya pula, Azizulhasni yang mewakili Team Azizul mengetepikan pelumba Taiwan, Kah Shing Fen yang meraih perak manakala Muhammad Fadhil pula di tempat ketiga.

Anis Amira turut cemerlang apabila mengungguli acara keirin wanita menewaskan pelumba Jepun, Ohta Riyu dan Crismonita Dwi Putri dari Indonesia di tempat ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Ogos 2019 @ 5:33 PM