CHIELLINI ceria selepas selesai menjalani pembedahan di hospital. — FOTO Twitter Giorgio Chiellini
CHIELLINI ceria selepas selesai menjalani pembedahan di hospital. — FOTO Twitter Giorgio Chiellini
AFP

KAPTEN veteran Juventus, Giorgio Chiellini selamat menjalani pembedahan di ligamen lututnya yang koyak, menurut kelab itu awal pagi tadi, menjangkakan dia akan kembali beraksi dalam tempoh enam bulan.

Juara bertahan lapan kali itu sudah mengikat pertahanan Belanda berusia 20 tahun, Matthijs De Ligt awal musim ini.

Pemain muda Belanda itu bermula buruk pada penampilan sulung Serie A hujung minggu lalu apabila Juventus melepaskan tiga gol pada babak kedua aksi di laman sendiri menentang Napoli sebelum menang 4-3.

Persembahan buruk benteng pertahanan bermakna kehilangan Chiellini, 35, yang menyaksikan perlawanan dari bangku penonton dengan lututnya berbalut, satu tamparan besar.

CHIELLINI (kiri) meraikan gol tunggal menentang Parma pada minggu pertama Serie A. — FOTO Twitter Giorgio Chiellini
CHIELLINI (kiri) meraikan gol tunggal menentang Parma pada minggu pertama Serie A. — FOTO Twitter Giorgio Chiellini

“Petang ini, Giorgio Chiellini menjalani pembedahan untuk membaiki ligamen ‘anterior cruciate’ di lutut kanan,” menurut Juventus, menggambarkan proses pembedahan itu berjalan sempurna.

Juventus turut boleh mengharapkan Leonardo Bonucci dan Daniele Rugani di pertahanan tengah di samping pemain Turki, Merih Demiral, yang diikat dari Sassuolo.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 September 2019 @ 8:29 AM