Marco Reus (kanan) menjaringkan dua gol menentang Leverkusen. FOTO AFP
Marco Reus (kanan) menjaringkan dua gol menentang Leverkusen. FOTO AFP
Reuters

BORUSSIA Dortmund mengatasi Bayer Leverkusen, 4-0 malam ini dengan dua gol sumbangan kapten mereka Marco Reus untuk kembali berada di kedudukan teratas Bundesliga dengan sembilan mata daripada empat perlawanan.

Ia adalah permulaan latihan penuh bagi perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara berdepan Barcelona di gelanggang sendiri, bekas pemain kelab Sepanyol itu Paco Alcacer melakukan rembatan volley buat gol ke lima bagi kempen liga pada minit ke-28.

Pemain Sepanyol berkenaan kini menjaringkan setiap gol pada perlawanan kompetitif buat kelab dan negara musim ini.

Reus menjaringkan gol lima minit selepas perlawanan babak kedua bermula dengan melakukan gerakan di dalam kotak dan Alcacer hanya membiarkan bola melepasi kakinya untuk membolehkan jaringan kapten Dortmund itu.

Dalam pergerakan yang hampir sama penjaga gol Leverkusen Lukas Hradecky gagal menampan bola lintang Sancho membolehkan pemain Portugal Raphael Guerreiro tidak berdepan masalah menolak masuk gol ketiga selepas 83 minit sebelum Reus menlengkapkan kemenangan minit ke-90.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 September 2019 @ 12:01 AM