MARC Marquez meraih kejuaraan pada pusingan terakhir Grand Prix San Marino.
AFP

PELUMBA Sepanyol Marc Marquez meraih kejuaraan pada pusingan terakhir Grand Prix San Marino malam ini dan menghampiri gelaran dunia keenamnya.

Pelumba Honda itu yang bermula di barisan kedua, mencatat kemenangan MotoGP ketiga di Misano, mendahului pelumba Perancis Fabio Quartararo, yang menunggang Yamaha-SRT, dan mendahului sebahagian besar perlumbaan itu.

“Pada akhirnya, saya memutuskan untuk memenanginya,” kata Marquez, yang dipintas pada dua perlumbaan terakhir sewaktu GP Silverstone dan Belanda.

Marquez, juara dunia lima kali utu menjuarai perlumbaan Grand Prix ke-77 sepanjang kariernya dalam semua kategori untuk mengatasi pencapaian pelumba legenda Britain Mike ‘the bike’ Hailwood.

Pelumba berusia 26 tahun itu menjuarai 51 perlumbaan MotoGP, 16 Moto2 dan sepuluh perlumbaan Moto3.

Marquez kini mendahului 93 mata berbanding pelumba Ducati dari Itali Andrea Dovizioso berbaki enam perlumbaan musim ini.

Dovizioso menduduki tangga keenam dalam perlumbaan itu di depan penyokong sendiri manakala Maverick Vinales yang bermula di petak pertama melengkapkan podium buat Yamaha.

Sementara itu pelumba MotoGP negara, Hafiz Syahrin berjaya menghadiahkan pasukannya, Red Bull KTM Tech 3 satu mata selepas menduduki tempat ke-15.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 September 2019 @ 10:02 PM