RORY Best (tengah) gembira dengan aksi rakan sepasukannya. -Foto AFP
AFP

IRELAND berjaya mengetepikan cabaran pasukan pencabar Kejohanan Enam Negara, Scotland 27-3 untuk meletakkan mereka dalam kedudukan selesa demi mara ke suku akhir Piala Dunia Ragbi hari ini.

Tiga push-over try pada separuh masa pertama jelas memberi kesan sebelum pemain sayap Andrew Conway membuat try keempat selepas rehat separuh masa untuk memastikan kemenangan menerusi mata bonus, dengan perlawanan berikutnya menentang Jepun, Russia dan Samoa menanti dalam Kumpulan A.

“Kami bermula dengan baik, kami positif, kami mahu menyerang,” kata kapten Ireland Rory Best.

“Jelas sekali dengan keadaan pada separuh masa kedua, ia menjadi agak sengit tetapi kami sedar mereka pasukan yang bagus dan kami gembira dengan kemenangan ini.”

Disokong lautan penyokong berpakaian serba hijau di Stadium Antarabangsa Yokohama, Ireland nampaknya tidak memberi peluang kepada pencabar Kejohanan Enam Negara itu.

Ia perlawanan yang mencabar fizikal membuatkan pasukan perubatan sentiasa sibuk dan Ireland mendahului 19-3 pada separuh masa pertama.

Ketika hujan semakin membasahi pada separuh masa kedua, Ireland terus menguasai keadaan dengan tambahan lapan mata.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 September 2019 @ 6:49 PM