JOHNATHAN WONG
Azlan Muhammad Zain


ATLET menembak, Johnathan Wong mengintai peluang untuk meraih tiket ke Olimpik 2020 menerusi Kejohanan Menembak Asia 2019 di Doha, Qatar pada November nanti.

Jelas atlet berusia 27 tahun itu, dia perlu meraih tiga kedudukan teratas dalam acara 10 meter air pistol sekiranya mahu memastikan tiket ke Tokyo dicapai sebelum memberi fokus kepada Sukan SEA pada bulan berikutnya.

“Saya tidak memecahkan sebarang rekod pada tahun ini namun pencapaian meraih sehingga 581 mata di Piala Dunia Beijing pada April lalu memberikan keyakinan untuk menghadapi kejohahan di Doha nanti.

“Saya perlu mencapai tahap sekurang-kurangnya 580 mata untuk mara ke pusingan akhir di Doha. Selepas itu perlu fokus dalam memastikan tiga kedudukan terbaik,” jelasnya.

Johnathan adalah penembak tunggal negara layak ke Olimpik 2016 namun terkandas pada peringkat awal.

Sehingga kini hanya beberapa atlet sudah mengesahkan tiket ke Tokyo seperti terjun, memanah dan pelayaran.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 September 2019 @ 8:41 PM