X
REAKSI Klopp selepas memenangi anugerah di Milan, awal pagi tadi. — FOTO AFP
REAKSI Klopp selepas memenangi anugerah di Milan, awal pagi tadi. — FOTO AFP
Agensi

PENGURUS Liverpool, Juergen Klopp dinamakan sebagai jurulatih lelaki terbaik tahunan FIFA selepas musim yang menyaksikan mereka mengalahkan Tottenham 2-0 untuk merangkul trofi Liga Juara-Juara.

Reds turut muncul naib juara Liga Perdana Inggeris dengan 97 mata - catatan mata terkumpul ketiga terbanyak dalam sejarah pertandingan itu.

Klopp dicalonkan bagi anugerah itu di samping dua lagi bos Liga Perdana - Pep Guardiola dan Manchester City dan pengendali Tottenham, Mauricio Pochettino di Milan, awal pagi tadi.

“Ia hebat, tiada siapa menjangkakan ini 20, 10, lima, empat tahun lalu saya akan berdiri di sini,” kata Klopp, pasukannya menang semua enam perlawanan awal liga musim 2019-20.

KLOPP (kanan) tersenyum bangga di samping jurulatih wanita terbaik Jill Ellis. — FOTO AFP
KLOPP (kanan) tersenyum bangga di samping jurulatih wanita terbaik Jill Ellis. — FOTO AFP

“Kami tahu tugas menakjubkan yang anda lakukan [Mauricio Pochettino] begitu juga apa yang Pep lakukan. Saya perlu menyatakan terima kasih kepada kelab saya yang mengagumkan Liverpool FC.

“Kepada pemilik terima kasih, mereka memberikan saya pasukan menakjubkan. Saya perlu berterima kasih kepada pasukan saya - sebagai jurulatih anda setanding dengan pasukan anda. Saya amat bangga menjadi pengurus sekelompok pemain yang mengagumkan.”

Ketika menerima anugerah itu, Klopp mengumumkan beliau menyertai inisiatif Common Goal yang ditubuhkan oleh pemain tengah Manchester United, Juan Mata.

Ia bermakna bos Reds itu akan mendermakan satu peratus daripada gajinya kepada badan kebajikan itu yang bertujuan “menjana perubahan sosial dan meningkatkan tahap kehidupan.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 September 2019 @ 11:12 AM