Zinedine Zidane. FOTO AFP
Zinedine Zidane. FOTO AFP
Reuters

REAL Madrid mencatat keputusan seri tanpa jaringan berdepan pasukan jiran, Atletico Madrid, dalam aksi sengit membabitkan seteru setempat untuk kekal di puncak La Liga, awal pagi ini, meneruskan usaha memperbaiki persembahan mereka selepas permulaan musim mengecewakan.

Karim Benzema hampir menjaringkan gol di Wanda Metropolitano, Madrid namun penjaga gol Atletico, Jan Oblak berjaya menyelamatkan tandukan yang dilakukan penyerang Perancis itu.

Penyerang Atletico, Joao Felix melakukan dua percubaan liar pada separuh masa pertama dan pemain sayap Real, Gareth Bale turut berusaha menghasilkan beberapa gerakan menjaringkan gol selepas waktu rehat permainan.

Real Madrid di kedudukan teratas dengan 15 mata daripada tujuh perlawanan dan Atletico kekal di tangga ke tiga dengan perbezaan satu mata.

Benzema (kiri) melepasi pemain Atletico pada aksi La Liga awal pagi ini. FOTO AFP
Benzema (kiri) melepasi pemain Atletico pada aksi La Liga awal pagi ini. FOTO AFP

“Saya fikir dengan corak permainan yang kami tampilkan kami berhak untuk memperolehi keputusan yang lebih baik,” kata jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane.

“Pada penghujungnya nanti mata adalah tetap mata. Kami mempunyai berubah, tandukan daripada Benzema terutamanya.

“Saya boleh mengkritik pemain terhadap apa sahaja, saya sememangnya paling mengjengkelkan daripada semua pemain tetapi saya gembira dengan corak permainan mereka. Mereka juga agak kecewa gagal memungut tiga mata penuh.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 September 2019 @ 10:51 AM