Rory McIlroy. FOTO Reuters
AFP

RORY McIlroy berkata dia ‘meluat’ apabila beraksi di lapangan Jelajah Eropah yang memberikan cabaran tersendiri sehingga membuatkan dia gagal memerah keringat memenangi markah hebat.

Pemain nombor dua dunia melaungkan perkara itu selepas menamatkan Kejohanan Alfred Dunhill Links dengan di kedudukan 26 walaupun melakukan keseluruhan 15 di bawah par.

Dia merekodkan pusingan akhir 67 selepas melakukan birdie dalam enam lubang terakhir namun masih tujuh pukulan di belakang juara, Victor Perez dari Perancis.

“Jujur saya tidak senang hati untuk kembali semula dalam Jelajah Eropah, melakukan 15 di bawah par dan penamat di tempat ke-30,” kata pemenang empat kali kejuaraan utama Mcllroy.

“Saya tidak fikir lapangan golf berkenaan sesukar itu. Tiada lagi penalti kepada pukulan yang teruk, dan ia sangat sukar apabila kamu kembali ia seperti begitu. Saya tak fikir permainan golf yang baik waalupun menyesal kerana ia sememangnya begitu.

“Saya fikir jika Jelajah Eropah mahu mengeluarkan produk yang benar-benar baik, lapangan golf dan susun atur perlu lebih mencabar.”

Dalam penyertaan pada saingan awal Jelajah Eropah, warga Ireland Utara mencatat 14 under di Master Eropah hanya tewas kepada Sebastian Soderberg dalam aksi play-off.

Dia kemudiannya menamatkan 11 under dalam Kejohanan PGA di Wentworth, minggu lalu namun masih ketinggalan sembilan pukulan daripada juara, Danny Willett.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 September 2019 @ 11:30 AM