ANTARA pengamal media yang hadir menyertai kejohanan itu. FOTO Iskandar Shah Mohamed
Iskandar Shah Mohamed


HARIAN Metro menerusi pasukan Metro Rangers muncul naib juara pada Kejohanan Boling DRB-Hicom bersama Media 2019 di Ampang Superbowl, E-Curve di sini, semalam. 

Metro Rangers yang diwakili Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Iskandar Shah Mohamed, Asrizal Aris dan Wan Huzairy Hussin mencatatkan 1,887 jatuhan pin pada pertandingan tiga pusingan itu sekali gus membawa pulang hadiah RM1,600.  

Juara kejohanan diraih pasukan Podium 3 dari TV3 dengan jatuhan pin 1,955 manakala pasukan Main Sampai Pencen (Utusan Malaysia) di tempat ketiga mengumpul 1,822.  

Acara tahunan anjuran DRB-Hicom itu bertujuan merapatkan silaturahim dan menghargai sumbangan media dalam membantu menyalurkan maklumat berkaitan syarikat berkenaan kepada umum.  

Sebanyak 17 pasukan mewakili media cetak dan elektronik menyertai pertandingan itu termasuk Berita Harian dan New Straits Times. 

Acara yang disertai 68 pengamal media itu dirasmikan Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Mahmood Abdul Razak. 

Selain hadiah utama dan saguhati, kejohanan itu dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah dan balingan strike tertinggi.


Pasukan Metro Rangers muncul naib juara Kejohanan Boling DRB-Hicom bersama Media 2019 di Ampang Superbowl, E-Curve, Petaling Jaya semalam. FOTO Iskandar Shah Mohamed

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Oktober 2019 @ 1:02 PM