AKSI Gareth Bale (kanan) dan Luka Modric (kiri) ketika kelayakkan Euro 2020 antara Wales and Croatia. FOTO AFP
AFP

REAL Madrid menanti dalam debaran untuk melihat sama ada Luka Modric dan Gareth Bale cukup cergas untuk aksi Clasico menentang Barcelona selepas kedua-duanya tidak menyertai latihan hari ini.

Modric dan Bale masing-masing melakukan latihan di gimnasium ketika cuba untuk pulih daripada kecederaan yang dialami ketika kelayakan Euro 2020 di antara Croatia dan Wales Isnin lalu.

Ia menyebabkan Madrid kurang pasti mengenai tahap kecergasan dua pemain utama dengan aksi La Liga yang penting menentang Barca di Camp Nou, 26 Oktober.

Jurulatih Wales Ryan Giggs berkata Bale mengalami kesakitan pada betisnya menjelang akhir perlawanan menentang Croatia di Cardiff tetapi membayangkan ia membabitkan kekejangan.

Madrid mengesahkan hari ini bahawa Modric mengalami kecederaan paha dalam perlawanan itu.

“Susulan ujian yang dilakukan hari ini ke atas pemain kami Luka Modric oleh pihak perubatan Real Madrid, dikenalpasti mengalami kecederaan di quadricep kanannya,” menurut kenyataan kelab.

“Pemulihannya akan terus dinilai dari semasa ke semasa.”

Real Madrid, yang menduduki tangga teratas La Liga, akan menentang Mallorca pada Sabtu dan Barcelona seminggu kemudian dengan perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Galatasaray di antaranya.

Lucas Vazquez juga mengalami pelanggaran dan tidak mungkin beraksi hujung minggu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Oktober 2019 @ 11:39 AM