PEMAIN England bersalaman dengan pemain All Black selepas perlawanan. FOTO/AFP
PEMAIN England bersalaman dengan pemain All Black selepas perlawanan. FOTO/AFP
Reuters

ENGLAND mara ke final Piala Dunia Ragbi, kali pertama sejak 2007 selepas mempamerkan dominasi untuk mencatat kemenangan 19-7 ke atas juara bertahan dua kali New Zealand pada aksi separuh akhir di Stadium Yokohama hari ini.

Keputusan itu menamatkan siri 18 kemenangan berturut-turut All Blacks dalam kejohanan itu selepas kali terakhir mereka tewas pada aksi suku akhir edisi 2007 kepada Perancis.

Juara 2003 itu menggegarkan All Blacks sejak wisel pertama menerusi try oleh Manu Tuilagi pada minit kedua, mencorakkan rentak perlawanan apabila mereka terus memberi tekanan kepada barisan pemain All Blacks.

Mereka lebih mendominasi di kawasan New Zealand dan berjaya mematahkan serangan All Blacks dan akan menunggu pemenang di antara satu lagi perlawanan separuh akhir di antara Wales dan Afrika Selatan esok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Oktober 2019 @ 6:50 PM