IPOH 17 DISEMBER 2018. Legenda lumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid melawat jenazah pelumba cub prix, Md Hafiz Nor Azman di Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai. NSTP/ABDULLAH YUSOF
Saiful Affendy Sapran


BEKAS pelumba negara, Wazi Abdul Hamid berang dengan kes kecurian komponen awal pagi semalam membabitkan beberapa pasukan yang beraksi pada Kejuaraan Grand Prix Motosikal Malaysia.

Menerusi status di akaun Facebook miliknya, Wazi berkata, kes itu memalukan imej negara di mata dunia.

“Adoi kena buat sesuatu dan betulkan minda masyarakat kita. Geng penyamun yang bermaharajalela ini patut segera dibanteras.

“Sudah-sudah beli barang panas itu. Susah kita hendak menjawab depan Allah nanti,” katanya.

Jelas Wazi, antara pasukan yang terbabit adalah Angel Nieto, pasukan yang akan disertai oleh pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah musim depan.

“Macam ada unsur sabotaj. Nanti kalau berlumba di luar negara, habis le kalau orang tanya ‘where are you from?’ I am from Malaysia (Dari mana awak datang? Saya dari Malaysia)... Oh the missing racing parts country (oh negara yang mencuri komponen perlumbaan),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 November 2019 @ 8:25 PM