X
Mane (kanan) tidak ambil kisah tuduhan Guardiola. FOTO REUTERS
Mane (kanan) tidak ambil kisah tuduhan Guardiola. FOTO REUTERS
Agensi

SADIO Mane mentertawakan tuduhan ‘pandai berlakon’ dibuat oleh pengendali Manchester Ciy, Pep Guardiola untuk mendapatkan sepakan penalti buat Liverpool.

Penyerang antarabangsa Senegal itu berkata dia tidak akan menukar pendekatannya selepas mendapat komen bos City itu, minggu lalu.

Mane diberi amaran kerana dilihat seperti sengaja menjatuhkan badan selepas dicabar oleh Frederic Guilbert ketika menang 2-1 ke atas Aston Villa, minggu lalu dengan Guardiola mengatakan bintang Liverpool itu ‘pandai menjatuhkan badan’.

“Ada masanya Mane menjatuhkan badan, ada masanya dia menjaringkan gol pada saat akhir," kata Guardiola selepas City menewaskan Southampton 2-1, Sabtu lalu.

Mane mengenepikan kritikan dilemparkan terhadapnya menjelang pertembungan dua pasukan teratas Liga Perdana di Anfield malah sinis mengatakan dia akan melakukan perkara sama jika Liverpool ditakdirkan mendapat sepakan penalti, hujung minggu ini.

Mane yakin kata-kata dikeluarkan oleh Guardiola bertujuan untuk mempengaruhi pengadil Michael Oliver yang akan mengendalikan perlawanan itu.

"Saya rasa dia cuba bertindak bijak untuk mendapat perhatian pengadil tetapi saya hanya akan bermain bola sepak seperti biasa yang saya lakukan," kata Mane.

"Saya tidak peduli Guardiola nak kata apapun kerana itulah bola sepak.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 November 2019 @ 2:43 PM