BUKIT JALIL 02 MEI 2019. Pemain skuasy negara, Ivan Yuen Chee Wern (kiri) menentang pemain Jepun, Endo Tomotaka pada kejohanan skuasy individu Asia di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil. STR/OWEE AH CHUN.
Iskandar Shah Mohamed


CABARAN dua pemain skuasy kebangsaan, Ng Eain Yow dan Ivan Yuen pada Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia di Qatar berakhir apabila mereka tumpas kepada lawan masing-masing, petang tadi.

Pada aksi pembuka tirai di Doha itu, Eain Yow bagaimanapun tidak memberi laluan mudah ke atas pemain ranking ke-13 dunia, Fares Dessouky dari Mesir.

Bekas juara remaja dunia yang menghuni ranking ke-32 itu memberi tentangan sengit sehingga ke set keempat sebelum tewas 6-11, 11-9, 8-11, 5-11 dalam pertarungan selama 58 minit. Seorang lagi sandaran negara, Ivan turut tersingkir selepas kecundang di tangan pemain ranking ketujuh dunia, Diego Elias dari Peru.

Pemain ranking ke-44 dunia itu tewas 11-8, 11-9, 14-12 dalam pertarungan selama 45 minit. Kejohanan berprestij yang berlangsung di Doha sehingga 15 November itu menawarkan hadiah wang tunai AS$335,000 (RM1.39 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 November 2019 @ 8:49 PM